LONDON: Juara dunia tiga kali dan pendahulu senarai pemandu Formula Satu (F1) musim ini, Lewis Hamilton, menjangkakan saingan sengit daripada pasukan Red Bull dan Ferrari apabila tirai perlumbaan malam Grand Prix Singapura Singapore Airlines berlangsung hujung minggu ini.
Jaguh Mercedes itu serta rakan sepasukannya, Nico Rosberg, terkial-kial di trek jalan raya Marina Bay tahun lalu sekalipun menguasai sebahagian besar perlumbaan lain untuk muncul juara dan naib juara F1 musim lalu.