Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hamilton juara F1 Canada, dedikasikan kemenangan kepada Muhammad Ali

Jun 13, 2016 | 10:03 AM



MONTREAL: Lewis Hamilton mencapai kemenangan kedua berturut-turut musim ini dan kelima di litar kegemarannya pada Ahad (12 Jun), apabila beliau menghidupkan semula usaha mempertahan kejuaraan dunianya dengan kemenangan di Grand Prix Canada.



Pemandu Britain berusia 31 tahun itu, yang menamatkan tujuh bulan tanpa kemenangan dengan kejayaan di Monaco bulan lalu, menunjukkan semangat waja dan pemanduan bijak dalam kereta Mercedesnya untuk pulih daripada permulaan buruk dan menamatkan perlumbaan lebih awal dari Sebastian Vettel dari Ferrari.



Valtteri Bottas dari Finland mengulangi kejayaan pada 2015 di Litar Gilles Villeneuve itu apabila pemandu pasukan Williams tersebut menduduki tempat ketiga.



Hamilton kini telah mengurangkan jurang antara beliau dan rakan sepasukannya, Nico Rosberg, daripada 43 kepada sembilan mata untuk menuju ke arah mencapai kejuaraan dunia keempatnya.



"Terapung-apung seperti rama-rama, menyengat seperti lebah. Itu untuk Muhammad," kata Hamilton dalam penghormatannya kepada Allahyarham Muhammad Ali apabila beliau memandu perlahan melakukan pusingan kemenangan.



Pemandu remaja Belanda, Max Verstappen, di tempat keempat bagi pasukan Red Bull, sementara pendahulu kejuaraan dunia, Rosberg, di tempat kelima.



Kimi Raikkonen di tempat keenam bagi Ferrari, mengatasi Daniel Ricciardo bagi Red Bull di tempat ketujuh. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >