Hamilton juara Formula Satu Hungary

BUDAPEST: Juara dunia tiga kali Formula Satu, Lewis Hamilton, memenangi Grand Prix Hungary pada Ahad (24 Jul), sekali gus memotong Nico Rosberg buat kali pertama musim ini untuk mendahului perlumbaan pemandu terbaik.

Pemandu Britain itu melepasi garisan penamat kurang dari dua saat di depan rakan sepasukannya daripada Mercedes itu.

Ini walaupun mereka memulakan perlumbaan di Hungaroring dengan Rosberg, dari Jerman, di petak pertama dan Hamilton kedua.

Dengan kemenangan itu, Hamilton, yang kini telah menang di Hungary sebanyak rekod lima kali, mendahului Rosberg bagi mempertahankan mahkota dunianya dengan enam mata selepas 11 daripada 21 perlumbaan musim ini.

Keputusan Grand Prix Hungary: 1. Lewis Hamilton (Britain, Mercedes), 2. Nico Rosberg (Jerman, Mercedes), 3. Daniel Ricciardo (Australia, Red Bull), 4. Sebastian Vettel (Jerman, Ferrari), 5. Max Verstappen (Belanda, Red Bull). - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.