Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GRAND PRIX SINGAPORE AIRLINES SINGAPURA

Hamilton juara GP Singapura, kini dahului Kejohanan Dunia Formula Satu

Sep 22, 2014 | 12:04 AM



LEWIS HAMILTON ialah juara Grand Prix Singapore Airlines Singapura


dan kini mendahului Kejohanan Dunia Formula Satu (F1), setelah pesaing terdekat dan rakan sepasukan di Mercedes, Nico Rosberg gagal menamatkan perlumbaan di litar Marina Bay sebentar tadi.


Hamilton, yang memulakan perlumbaan sebagai pemandu terpantas di sesi kelayakan menamatkan perlumbaan 13.534 saat lebih pantas daripada naib juara Sebastian Vettel yang memandu kereta Red Bull Renault.


Malang menimpa Rosberg, yang bersara selepas 14 pusingan apabila masalah enjin yang memaksanya memulakan perlumbaan dari pit berulang dan akhirnya menamatkan perlumbaannya secara mendadak.


Sementara Hamilton mengutip 25 mata dengan kemenangan itu, kegagalan Rosberg mengutip sebarang mata bermakna warga Britain yang memulakan GP Singapura 22 mata di belakang Rosberg kini mendahului Kejohanan Dunia F1 dengan kelebihan tiga mata.


Hamilton mendahului perlumbaan dari mula hingga akhir, kecuali selama dua pusingan selepas beliau masuk pit untuk menukar tayar.


Namun Hamilton, yang turut menjuarai GP Singapura dalam 2009 berjaya merampas semula posisi pertama daripada Vettel dan menjuarai perlumbaan ketujuh musim ini dan yang ke-29 dalam kerjayanya.


Momentum kini milik Hamilton, dengan musim berbaki lima perlumbaan. Perlumbaan seterusnya ialah GP Jepun pada 5 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >