Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hamilton juarai Grand Prix China untuk kejuaraan keduanya musim ini

Apr 12, 2015 | 05:12 PM



SHANGHAI: Juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, memenangi Grand Prix China yang berakhir baru tadi (12 April) - mengatasi saingan daripada rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg, dalam perlumbaan yang berakhir dengan diiringi kereta keselamatan.


Kemenangan itu adalah kedua berturut-turut - dan keempat kesemuanya - di China bagi Hamilton yang kini merangkul dua daripada tiga perlumbaan awal musim ini.


Pemenang di Sepang dua minggu lalu, Sebastian Vettel, terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga manakala Kimi Raikkonen, yang memandu kereta Ferrari, menduduki tempat keempat.


Jaguh Britain itu berada lima saat di hadapan rakannya, Rosberg, di penghujung perlumbaan sebelum pemandu Torro Rosso, Max Verstappen, 'terkandas' di laluan pit dua pusingan sebelum tamat perlumbaan yang memaksa kereta keselamatan dikerahkan.


Selepas sesi latihan dan kelayakan yang memberangsangkan sebelum ini, Hamilton memulakan perlumbaan dengan pantas untuk berada di hadapan pelumba-pelumba lain dan mula melebarkan jurang terutama semasa separuh kedua perlumbaan.


Rosberg, yang melahirkan kemarahannya ke arah mekanik pasukan melalui alat perhubungan di kereta selepas nyaris-nyaris terlepas kedudukan petak pertama semasa sesi kelayakan kelmarin, cuba memberi saingan sengit dan pada satu ketika didengar mencabar Hamilton apabila berkata: "Beritahu Lewis supaya lebih laju lagi."


Hamilton, yang sebelumnya cuba melindunginya tayarnya, menyahut cabaran itu selepas keluar daripada pit buat kali kedua untuk terus meluncur di hadapan pesaing-pesaingnya lain.


Dua pemandu pasukan Williams, Felipe Massa dan Valtteri Bottas, masing-masing pula menduduki tangga kelima dan keenam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >