ABU DHABI: Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, kelmarin mengatakan ia merupakan hari terbaik dalam hidupnya menyusuli kejayaan menjulang mahkota dunia Formula Satu (F1) keduanya di sini kelmarin selepas musim yang cemerlang.
Jika kejayaan memenangi kejuaraan dunia pertamanya dengan gerakan hebat di litar Brazil pada 2008 adalah detik penuh istimewa baginya, kejayaan terbaru di bawah sinaran cahaya limpah di Abu Dhabi ini sesuatu yang lebih bermakna.