Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GRAND PRIX SINGAPORE AIRLINES SINGAPURA

Hamilton rampas tempat kelayakan pertama daripada Rosberg, ramal perlumbaan sengit

Sep 21, 2014 | 12:43 PM



KESUDAHAN sesi kelayakan di litar Marina Bay semalam mencadangkan aksi hebat di final Grand Prix Singapore Airlines Singapura malam ini, dengan kededua pemandu Mercedes di barisan pertama dipisahkan dengan masa 0.007 saat.


Lewis Hamilton merampas tempat pertama daripada rakan sepasukan Nico Rosberg selepas memandu keretanya dengan masa terpantas 1 minit 45.681 saat, kurang sesaat lebih pantas daripada Rosberg yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.


Pencapaian Hamilton itu penting, kerana litar Marina Bay dikenali sebagai litar 'lokek' yang tidak menawarkan banyak peluang untuk pemandu memotong kereta di depannya. Empat daripada enam perlumbaan sebelum ini telah dimenangi oleh pemandu yang melayakkan diri ke final di tempat pertama.


"Saya percaya perlumbaan malam ini adalah hebat untuk penonton," kata Hamilton yang pernah menjuarai GP Singapura dalam 2009.


Pemandu Red Bull Daniel Ricciardo melayakkan diri di tempat ketiga dan akan memulakan perlumbaan di sebelah rakan sepasukan Sebastien Vettel di barisan kedua. Pemandu Ferrari Fernando Alonso memulakan perlumbaan di barisan ketiga selepas mencapai masa kelima terpantas kelayakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >