SEPANG: Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) dunia, Lewis Hamilton, tidak boleh mengharapkan nasib baiknya semasa memenangi perlumbaan di Singapura dua minggu lalu akan berulangi lagi di Litar Sepang hujung minggu ini.
Jaguh Mercedes itu juga tidak perlu diingatkan bagaimana nasib boleh bertukar dengan sekelip mata apabila beliau kembali ke litar yang menghancurkan harapannya bersaing bagi mahkota dunia tahun lalu.