Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Hamilton yakin Mercedes dapat menang tak lama lagi

Aug 27, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Lewis Hamilton (gambar kiri) dan rakan sepasukannya, George Russell, berkata mereka yakin pasukan Mercedes mampu memenangi perlumbaan tidak lama lagi, menjelang musim Formula Satu (F1) yang disambung semula hujung minggu ini di Grand Prix Belgium.



Mercedes sedang mengharungi musim yang sukar, tetapi telah menunjukkan kebangkitan dan kededua pemandu itu berjaya menjejakkan kaki ke podium dalam perlumbaan terakhir di Hungary sebelum cuti musim panas.



Hamilton berkata beliau benar-benar yakin kemenangan yang diburu akan muncul tidak lama lagi, sesuatu pendapat yang disokong oleh rakan sepasukannya itu.



"Ini bukan cakap kosong... tetapi kerana kami telah mengorak langkah mempertingkat persembahan kami," kata Russell.



Mercedes, yang telah memenangi lapan kejuaraan pembuat kereta sejak 2014, memulakan musim ini dengan kenderaan paling lemah sejak 2012.



Namun Hamilton berjaya melangkah ke podium bagi lima perlumbaan terakhir manakala Russel memulakan GP Hungary dari petak pertama sebelum kededua pemandu mengakhiri perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.



Hamilton berkata: "Kami sentiasa memperbaiki kereta dan kami telah mampu menampilkan kereta dengan mutu konsisten sejak beberapa perlumbaan yang lalu. Ini adalah satu kemajuan dan saya harap keadaan ini berterusan."



"Akhirnya kereta ini kini lebih mirip dengan kereta lumba, sesuatu yang kurang jelas dilihat di awal musim."



Menambah, Hamilton berkata pasukan lain sedang berlumba dengan begitu baik, tetapi beliau percaya Mercedes boleh menyaingi mereka.



Buat masa ini, Russell, yang menduduki tempat keempat dalam senarai pelumba musim ini, berkata Mercedes masih boleh bersaing bagi tempat kedua.



Dengan musim berbaki sembilan perlumbaan, Max Verstappen sedang mendahului jauh di depan dengan 258 mata, diikuti Charles Leclerc di tempat kedua dengan 178 mata dan Sergio Perez dengan 173 mata.



Russell mempunyai 158 mata, sementara Hamilton berada di tempat keenam dengan 146 mata. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >