KUALA LUMPUR: Lewis Hamilton berkata beliau yakin dapat kembali ke form yang diperlukan bagi mendahului semula senarai pemandu dan memenangi kejuaraan dunia keempat tahun ini.
Menjelang Grand Prix Malaysia pada Ahad ini, Hamilton berada lapan mata di belakang rakan sepasukan daripada Mercedes, Nico Rosberg, dengan tinggal enam perlumbaan lagi.