MEREKA pernah tidak sebulu tetapi dua jurulatih atletik setempat, Hamkah Afik dan Melvin Tan, telah mengetepikan segala perbezaan antara mereka berdua apabila menyahut tugas baru sebagai jurulatih skuad lumba lari berganti-ganti 4x100 meter nasional.
Mulai 1 Januari, kededua jurulatih itu akan kembali menyertai tenaga kejurulatihan nasional dengan bekas jaguh perlumbaan pecut negara Hamkah memimpin skuad 4x100 meter lelaki manakala Tan mengedalikan skuad wanita.