Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Harapan Hamilton cipta sejarah tidak menjadi, Vettel rebut petak pertama F1 S'pura

Sep 20, 2015 | 12:31 PM



PENCAPAIAN bersejarah yang dikejar pendahulu Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, berkecai di Litar Jalan Raya Marina Bay yang mencabar ini apabila jaguh Mercedes itu terpaksa berpuas hati dengan masa kelima terpantas di sesi kelayakan yang berakhir sebentar tadi (19 September).


Ini bermakna jaguh Britain itu akan memulakan perlumbaan malam ini di petak kelima, sekali gus memusnahkan harapannya memulakan saingan di petak pertama untuk lapan perlumbaan berturut-turut - menyamai pencapaian bersejarah legenda F1 yang turut menjadi idola Hamilton, Ayrton Senna.


Sebaliknya, penghormatan memulakan perlumbaan di petak nombor satu direbut oleh pesaingnya dari Ferrari, Sebastian Vettel, yang mencatatkan satu minit 43.885 saat - satu pencapaian manis dan mengatasi penguasaan Mercedes berada di petak paling depan sejak hampir dua tahun.


Daniel Ricciardo dari Red Bull menduduki tempat kedua manakala seorang lagi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen, menamatkan sesi kelayakan tadi dengan masa ketiga terpantas.


Bagi Vettel, kejayaan merebut petak pertama ini adalah kali ke-46 sepanjang kerjaya cemerlangnya yang turut menyaksikan pemandu Jerman ini ditabal juara dunia F1 sebanyak empat kali. Kali terakhir beliau menguasai petak pertama ialah pada 2013, semasa bersama pasukan Red Bull.


Namun, tumpuan tetap pada Hamilton dan kereta Mercedesnya yang diuar-uarkan sebagai 'pakej lengkap pemandu-kereta', apatah lagi tiba di Singapura dengan kelebihan 53 mata daripada pencabar terdekat - rakan sepasukan, Nico Rosberg.


Hamilton, yang turut menjuarai F1 Singapura-Singapore Airlines ini musim lalu, kemudian melahirkan kekecewaan tayar keretanya gagal menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan tetapi tidak tahu mengapa.


"Agak aneh... kami memanaskan (tayar) seperti juga yang dilakukan pemandu lain... buat sesi pemanas pusingan seperti pemandu lain juga.


"Apabila anda menamatkan pusingan... anda fikir cengkaman (tayar) okey tetapi kemudian anda mendapati pemandu lain berada di hadapan anda. Jadi, ia agak aneh sekali," ujar Hamilton.


Di hadapan Hamilton dan memulakan perlumbaan malam ini di petak keempat ialah Daniil Kvyat dari Red Bull manakala Rosberg berada di petak keenam.


Namun, tidak segala-galanya tidak muram bagi Hamilton. Jika beliau berjaya bangkit dan mempertahankan mahkota Grand Prix Singapura ini, beliau akan menyamai rekod kejuaraan ke-41 idolanya, Senna.


Tetapi dengan lima daripada tujuh pemenang lalu merupakan pelumba yang memulakan saingan di petak pertama, Hamilton perlu mempamerkan prestasi menakjubkan untuk memotong Vettel dan pemandu lain di hadapannya di litar jalan raya yang penuh mencabar dan sempit ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >