Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik Paris 2024

Harga tiket tinggi Paris 2024 undang cemuhan

May 23, 2023 | 12:05 PM



PARIS: Kritikan mengenai tiket harga tinggi bagi Olimpik Paris 2024 kian lantang, dengan sebahagian atlet kini menyertai kecaman yang mendakwa penganjur tidak memenuhi ikrar menjadikan temasya sukan itu lebih inklusif dan bagi semua.


Fasa kedua penjualan tiket bermula pada 11 Mei, dengan hampir 1.5 juta tiket individu ditawarkan, menyusuli lebih tiga juta tiket yang dijual dalam bentuk pakej semasa fasa pertama.

Penganjur berkata permintaan tiket menggalakkan, dengan dua pertiga tiket dijual pada hari pertama.

Tiket bagi final judo lelaki kategori heavyweight, di mana juara Olimpik tiga kali dari Perancis Teddy Riner dijangka beraksi, dijual dalam masa kurang dua jam. 

“Sejujurnya, penjualan tiket bermula dengan amat hebat… ini bukti permintaan yang hebat,” kata jawatankuasa penganjur.

Namun, sebagaimana yang berlaku dalam fasa pertama, bantahan lantang, termasuk di media sosial, dilontar ke arah ketua Paris 2024 Tony Estanguet yang didakwa mengenakan harga tiket keterlaluan.

Estanguet, pendayung kanu dan bekas juara Olimpik tiga kali, berkata pihaknya menjangka dikritik berhubung harga tiket, tetapi tidak menyangka ia berlaku pada tahap sebegitu.

Ada empat juta orang yang mendaftar untuk mendapatkan tiket, tetapi hanya 1.5 juta tiket ditawarkan. Kami tahu ada yang kecewa.

Sebanyak satu juta tiket dijual pada harga paling rendah, iaitu 24 euro ($34.93), dengan hampir 150,000 tiket sedemikian ditawarkan pada fasa kedua.

Namun, tiket-tiket itu adalah yang paling laris dijual dan kebanyakan pembeli tiket terpaksa hanya mempunyai pilihan membeli tiket berharga lebih mahal.

Selang tiga hari fasa kedua bermula, peminat sukan ditawarkan tiket harga antara 690 euro hingga 980 euro bagi sebahagian acara, termasuk separuh akhir acara atletik.

Malah, tiket bagi upacara pembukaan dijual dengan harga setinggi 2,700 euro.

“Harga tiket Olimpik… bak satu gurauan besar,” kata pengguna Twitter @BenjiThjumper, sementara @KimKy_Love berkata harga tiket acara pembukaan seganda lebih tinggi berbanding gaji minimum.

Atlet juga tidak begitu senang hati dengan harga tiket.

Juara Olimpik berganda dalam sukan heptatlon, Nafissatou Thiam, dari Belgium, berkata beliau tidak pasti keluarganya akan pergi ke Paris untuk menyaksikannya kerana harga tiket terlalu tinggi.

Judoka Perancis Amandine Buchard, yang pernah memenangi pingat gangsa kejohanan dunia, berkata:

“Siapa kata Sukan Olimpik adalah untuk semua? Ada yang perlu membuat pinjaman bank demi membeli tiket bagi seisi keluarga dan jika anda ada wang itu pun, anda mungkin tidak dapat membeli tiket yang kehabisan.”

Namun, Menteri Sukan Perancis Amelie Oudea-Castera berkata harga tiket Olimpik Paris lebih rendah berbanding harga tiket di Olimpik yang lalu.

Namun beliau akur tiket harga paling rendah terjual terlalu cepat.

Pakar dasar sukan David Roizen berkata dalam arena sukan moden, Olimpik bagi semua tidak wujud.

“Final Liga Juara-Juara Eropah, Olimpik, semua acara ini diketepikan bagi golongan elit,” kata Roizen AFP.

“Bagi saya, mengaku Olimpik adalah temasya sukan untuk semua adalah satu kesilapan,” kata beliau lagi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >