BAK harimau di hutan, pasukan Harimau FC berjaya mengatasi lawannya untuk membawa pulang gelaran Juara Liga Terbuka Pesta Futsal Berita Harian semalam.
Pasukan itu antara 24 yang bertanding dalam tiga liga berbeza di kejuaraan Futsal BH itu, yang julung-julung kali diadakan di Uber Sports East Coast Park.