Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Hariss pamer hebat, semarak perjuangan Singa semasa atasi Myanmar 4-2

Singapura loncat ke tangga kedua Kumpulan B, cerahkan laluan ke separuh akhir dengan kemenangan dalam perlawanan genting.
Nov 26, 2014 | 11:18 PM



TATKALA Singapura begitu terdesak mencatatkan kemenangan, Hariss Harun mempamerkan kehebatannya dengan merembat masuk dua gol dan merangsang perjuangan rakan sepasukannya semasa kemenangan Singa 4-2 ke atas Myanmar dalam satu perlawanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki di Stadium Negara yang baru berakhir tadi (26 November 2014).


Dengan Singa tertekan untuk bangkit selepas memulakan kempen kejohanan kali ini dengan kekalahan 1-2 kepada Thailand Ahad lalu, Hariss tampil dengan dua rembatan hebat - gol pertama melalui kaki kanannya pada minit ke-35 dan gol kedua melalui kaki kirinya pada minit ke41 - untuk meletakkan Singa dalam kedudukan selesa 3-0 selepas rakan pertahanan, Shaiful Esah membuka tirai jaringan Singa apabila rembatannya daripada satu tendangan bebas terus mencecah jaring gawang Myanmar.


Skuad pimpinan Bernd Stange bagaimanapun gagal mengekalkan rentak permainan sebaik memulakan babak kedua apabila kubunya diasak bertubi-tubi pasukan lawan yang akhirnya memperolehi gol pertamanya melalui Kyaw Zayar Win pada minit ke-54.


Selang enam minit berikut, tunggak pertahanan Singa, Safuwan Baharudin, dipersalahkan kerana mengadang bintang penyerang Myanmar, Kyaw Ko Ko, di dalam petak penalti. Ko Ko tiada masalah memperdayakan penjaga gawang Singa, Hassan Sunny, untuk menjadi kedudukan 2-3, menyemarakkan lagi saingan dengan permainan tinggal lagi 30 minit.


Gol ketiga yang dicari-cari pasukan pimpinan Radojko 'Raddy' Avramovic akhirnya tiba pada minit ke-76 tetapi malangnya bagi Myanmar, ia merupakan gol ke gawang sendiri apabila kapten Khin Maung Lwin tertanduk masuk bola yang menewaskan penjaga gawangnya ketika a menyambut hantaran sepakan bebas daripada Shaiful.


Keceriaan Singa bagaimanapun terjejas apabila tunggak midfield, Shahdan Sulaiman, mengalami kecederaan serius - patah tulang betis - dan terpaksa meninggalkan padang seawal minit ke-21. Bintang Tampines Rovers itu dijangka terkeluar bagi baki kejohanan kali ini.


Stange juga tidak dapat menggunakan tenaga tunggak berpengalaman di benteng pertahanan Singa, Baihakki Khaizan, yang ditunjukkan kad kuning seawal minit kelapan semasa pertemuan dengan Myanmar. Baihakki telah pun dilayang kad kuning pertama semasa menentang Thailand dan beliau perlu menjalani penggantungan apabila Singa turun berentap dengan 'musuh tradisi' Malaysia Sabtu ini.


Kesebelasan Singapura: Hassan Sunny, Shaiful Esah, Baihakki Khaizan, Shahdan Sulaiman (Zulfahmi Arifin), Faris Ramli, Ismadi Mukhtar (Al-Qaasimy Abdul Rahman), Hariss Harun, Shahril Ishak (kapten), Khairul Amri, Safuwan Baharudin, Sahil Suhaimi (Fazrul Nawaz).


Kesebelasan Myanmar: Thiha Si Thu, Aung Zaw, David Htan, Khin Maung Lwin, Yan Aung Kyaw (Kyi Lin), Kyaw Zahar Win, Min Min Thu, Kyaw Ko Ko, Tin Win Aung, Win Min Htut, Nanda Lin Kyaw Chit (Nyein Chan Aung).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >