SENTUHAN cemerlang tunggak midfield, Hariss Harun, menyemarakkan saingan Singa dalam usaha melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki ini dengan kemenangan 4-2 ke atas Myanmar di Stadium Negara malam tadi.
Dua gol rembatan hebat Hariss serta gol pembukaan sumbangan pemain pertahanan, Shaiful Esah - ketiga-tiga gol itu dalam separuh masa pertama permainan - di samping gol 'hadiah' kapten Myanmar, Khin Maung Lwin, pada minit ke-76 memberikan Singa kemenangan yang dicari-cari itu selepas terpaksa mengharungi asakan hebat pasukan lawan terutama dalam babak kedua permainan.