SEPERTIMANA pengakuannya, 2014 ini merupakan tahun yang menakjubkan bagi kerjaya bola sepaknya.
Bukan sahaja beliau memainkan peranan utama membantu kelabnya, Warriors FC, ditabal juara liga musim ini, Hassan Sunny turut mencipta sejarah unik apabila dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga-S - kali pertama seorang penjaga gawang diberikan anugerah berprestij itu dalam sejarah 18 tahun liga ini.