Hazard hendak tinggalkan Chelsea?

LONDON: Bintang Chelsea, Eden Hazard, dilaporkan memberitahu keluarga, rakan dan beberapa rakan sepasukan antarabangsanya bahawa beliau mahu meninggalkan Stamford Bridge hujung musim ini.

Laporan harian sukan Perancis L'Equipe itu timbul beberapa hari selepas Hazard meletak tanda 'like' (suka) pada satu pos media sosial yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid.

Pemain antarabangsa Belgium itu memulakan musim ini dengan lembap dan masih belum menjaringkan gol bagi Chelsea musim ini.

Formnya antara sebab juara bertahan itu kini ditangga ke-12 Liga Perdana Inggeris, dan pengurus Chelsea, Jose Mourinho, tidak takut meletak pemain terbaik musim lalu itu di bangku pemain simpanan.

Menurut L'Equipe, hubungan Hazard dengan Mourinho kini tidak baik dan pemain itu sedang berusaha pindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Terdapat juga spekulasi bahawa pengurus pasukan kebangsaan Belgium, Marc Wilmots, akan menyokong perpindahan Hazard daripada Liga Perdana Inggeris lebih awal.

Bagaimanapun, Hazard menandatangani kontrak lima setengah tahun di Chelsea pada Februari lalu, dan Mourinho pernah berkata jika Real mahukan penyerang itu, ia akan menelan belanja "£100 juta ($213) setiap kaki", "tambah seorang daripada tiga pemain terbaik Real Madrid". - The Guardian

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.