Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA-S GREAT EASTERN-YEO'S

Helang hampa diikat 0-0 oleh Albirex

Hasrin Jailani diusir dari padang kerana 'amuk'
Mar 11, 2016 | 09:32 AM



BAGAIMANA Geylang International gagal menjaringkan gol dan memungut tiga mata semasa menentang Albirex Niigata pada 10 Mac di Stadium Bedok kekal satu misteri.



Ia mencipta sekurang-kurangnya enam peluang gol keemasan sepanjang perlawanan, termasuk tandukan kencang Faritz Hameed yang berjaya diselamatkan Yosuke Nozawa dalam separuh masa kedua.



Nozawa juga akan bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan Sahil Suhaimi, Isa Halim, Carlos Delgado, Branko Cubrilo dan Stanely Ng sepanjang perlawanan.



Hampa, jurulatih Geylang Hasrin Jailani gagal mengawal emosi dan 'menggila' selepas pengadil Sukhbir Singh tidak memberikan penalti selepas Sahil dan kemudian Gabriel Quak jatuh dalam petak penalti.



Akhirnya, Hasrin, 40 tahun diusir dari padang dan terpaksa menyaksikan perlawanan di sisi penyokong sendiri.



Menurut pembantu jurulatih Md Noor Ali, Hasrin kecewa kerana pasukannya gagal menjaringkan gol.



"Kami sepatutnya memungut semua tiga mata. Tapi bola sepak memang begini," katanya.



Keputusan itu bermakna Geylang dan Albirex kekalkan rekod tanpa kalah, tetapi Albirex mendahului liga dengan lapan mata, satu mata di atas Geylang di tempat kedua.



Geylang kini berehat dua mingu sebelum perlawanan seterusnya, dengan Warriors FC pada 1 April nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >