Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN

Hojlund lwn Haaland – Man U beli penyerang perhebat cabaran pada Man City

Aug 06, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Perbandingan antara Erling Haaland dengan Rasmus Hojlund mungkin agak jelas.


Kedua-dua pemain mempunyai ketinggian lebih 1.82 meter dan berambut perang. Mereka merupakan pemain tangkas apabila berada di kotak penalti lawan.

Dan apabila musim baru Liga Perdana England (EPL) bermula, kedua-dua pemain ini akan beraksi untuk kelab Manchester.

Baru-baru ini, United mencapai persetujuan dengan kelab Italy, Atalanta, bagi mendapatkan Hojlund dengan bayaran pemindahan bernilai £72 juta ($123 juta).

Adakah pemain berusia 20 tahun ini dapat memperkukuhkan serangan United dan mampukah beliau menandingi Haaland?

Hojlund memulakan kerjaya seniornya di Copenhagen, membuat penampilan sulungnya pada usia 17 tahun pada 2020.

Sebagai pemain yang masih muda dan berkembang, beliau mendapati dirinya sukar untuk menyesuaikan diri di liga Denmark dan meninggalkan kelab itu pada Januari 2022 selepas gagal menemui sasaran dalam 19 penampilan liga.

Beliau kemudian menyertai pasukan Austria, Sturm Graz – satu langkah yang menyerlahkan kerjayanya.

Sepanjang separuh kedua musim 2021-22, Hojlund menjaringkan gol hampir setiap perlawanan, menjaringkan sembilan gol dalam 17 perlawanan.

Hojlund menarik perhatian ramai dengan kaki kirinya yang ‘berbisa’ dan bijak bertindak.

Penyerang itu pandai dalam mencari ruang di kawasan lain, selain mencipta peluang jaringannya sendiri.

Prestasinya itu kemudian menyaksikan beliau berpindah ke Atalanta dengan harga £15 juta seperti yang dilaporkan – 10 kali ganda daripada yang dibayar Sturm Graz untuknya pada Januari.

Musim lalu beliau berjaya menjaringkan 20 gol dalam 47 penampilan untuk pasukan Serie A itu dan Denmark, di mana beliau membuat penampilan sulung untuk negaranya pada September.

Pada Mac, Hojlund menjaringkan lima gol dalam dua perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah untuk Denmark, termasuk hatrik menentang Finland.

Tidak dapat dinafikan, beliau mempunyai potensi, namun apabila anda membandingkan jumlah jaringannya dengan Haaland, Hojlund jelas masih ketinggalan jauh.







Haaland menjaringkan 36 gol dalam 35 penampilan untuk Manchester City dalam liga musim lalu - satu gol setiap 77 minit. Di Serie A, Hojlund hanya mampu menjaringkan satu gol setiap 204 minit.

Bagaimanapun, Haaland yang mempunyai musim cemerlang dengan memecah beberapa rekod, berusia dua tahun lebih tua, bermain untuk juara Eropah dan telah beraksi dalam tahap tertinggi dalam kerjayanya.

Hojlund hanya mempunyai dua musim penuh sebagai pemain profesional.

Pada musim kedua Haaland, beliau berjaya menjaringkan 12 gol dalam 25 penampilan untuk kelab Molde.

Meskipun Hojlund bukanlah pemain yang lengkap, bakat beliau boleh diasah lanjut dan mungkin dapat membentuk kesebelasan utama United pada masa hadapan.

Terdapat gambaran bagaimana Hojlund boleh menjadi penyerang yang berbisa. Golnya menentang Lazio musim lalu mempunyai ciri-ciri Haaland.

Dengan sokongan daripada pemain sayap seperti Marcus Rashford, Alejandro Garnacho dan Jadon Sancho, United boleh membentuk serangan terpantas dalam EPL.

Namun, Hojlund juga mempunyai sentuhan halus dan beliau lebih gemar menggelecek bola berbanding Haaland.

Jika dilihat dari sudut lain, Hojlund mempunyai kualiti pemain sayap, tetapi fizikal pemain nombor sembilan.

United memerlukan penyerang tengah. Dengan Anthony Martial menghabiskan banyak masa di tepi padang disebabkan kecederaannya musim lalu, Rashford telah menjadi penyerang utama pasukan itu.

Penyerang England itu mempunyai musim yang luar biasa, menjaringkan 30 gol dalam 56 perlawanan – satu gol setiap 143 minit.

Bagaimanapun, beliau lebih selesa bermain di sayap kiri, memanfaatkan kekuatan pergerakan kaki kanannya.

United memilih untuk tidak menandatangani pemain pinjaman dari Burnley, Wout Weghorst sebagai pemain tetap pada permulaan jendela perpindahan ini.

Mereka juga menolak peluang untuk mendapatkan Kylian Mbappe dari Paris St-Germain dan Harry Kane dari Tottenham, yang kedua-duanya adalah penyerang bertaraf dunia.

Namun, apa yang mereka akan dapat dengan Hojlund adalah potensi yang masih mampu digilap.

Terdapat tanda-tanda kualiti, sekilas yang menunjukkan beliau berada di landasan menuju kegemilangan. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >