PASUKAN Home United kini berada di ambang kemenangan setelah mereka berjaya membawa pulang kelebihan gol di padang lawan dalam perlawanan yang menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Ceres-Negros FC di Bacolod, Filipina kelmarin.
Jika berjaya mendapatkan kemenangan atau keputusan seri tanpa gol dalam perlawanan kedua Piala AFC peringkat zon di padang sendiri Rabu nanti, pasukan bimbingan jurulatih Aidil Sharin Sahak bakal dinobat sebagai juara peringkat zon, lapor akhbar The Straits Times.