Home United tewas 1-0

MALE: Home United mengalami kekalahan kedua dalam dua perlawanan musim ini selepas ia tewas 1-0 kepada New Radiant SC dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Piala AFC di Maldives semalam.

Ia telah tewas 1-0 kepada Tampines Rovers dalam perlawanan pembukaan Liga-S minggu lalu. Dan pasukan bergelar The Protectors sekali lagi tumbang kepada gol tunggal, selepas New Radiant - juara Liga Maldives menerima penalti dalam keadaan kontroversial di Stadium Nasional di ibu kotanya Male.

Penyerang Mohamed Umari menyempurnakan tendangan penalti selepas Shahril Jantan yang turut dilayangkan kad merah, didakwa mengasari Hamza Mohamed, walau ulang tayang di televisyen mencadangkan Hamza telah merebahkan diri dengan terlalu mudah.

Sementara itu, Qiu Li melepaskan peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan dalam minit ke-70 selepas tendangan penaltinya yang lemah mudah diselamatkan penjaga gawang New Radiant.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.