DI luar dugaan dan mengatasi segala jangkaan, Hougang United - pasukan corot musim lalu - kini antara pesaing utama kejuaraan pada akhir pusingan pertama Liga-S Great Eastern-Yeo's 2016.
Ia meloncat ke tangga kedua liga selepas menewaskan Warriors FC 1-0 dalam perlawanan kelapan di Stadium Choa Chu Kang, Khamis lalu.