HOUGANG United menyambung semula musim yang bermula lebih baik daripada jangkaan apabila ia berentap dengan Home United di Stadium Jalan Besar malam ini.
Hougang, yang bangkit daripada kaki liga pada akhir musim lalu ke tangga ketiga di akhir pusingan pertama awal bulan ini, boleh melompat ke tangga kedua jika Tampines tewas kepada Warriors FC esok.