Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hull belum lagi 'selamat' dalam Liga Perdana sekalipun selepas kejutkan Liverpool

Apr 29, 2015 | 09:21 AM



LONDON: Kemenangan hebat Hull City 1-0 ke atas Liverpool awal pagi tadi (29 April) mencetuskan perayaan besar-besaran di kalangan penyokong mereka tetapi pengurus pasukan, Steve Bruce, menegaskan bahawa kedudukan pasukan itu kekal dalam Liga Perdana England (EPL) untuk musim depan masih belum terjamin lagi.


Gol separuh masa pertama daripada kapten pasukan, Michael Dawson, serta kegigihan benteng Hull menafikan asakan-asaskan Liverpool memberikan tiga mata berharga kepada Hull tetapi Bruce berkata pasukannya memerlukan lebih daripada 34 mata untuk kekal dalam EPL.


Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut bagi Hull yang turut menewaskan Crystal Palace pada hujung minggu lalu dan meletakkan pasukan itu di tangga ke-15 liga - dengan kelebihan empat mata daripada zon bahaya diturunkan ke liga bawah.


"Ia satu kemenangan yang hebat sekali... saya tidak menafikannya. Tetapi tugas kami masih belum selesai dan saya fikir 34 mata masih belum selamat," ujar Bruce.


Bagi Liverpool, kekalahan itu adalah tamparan besar dalam usahanya mengejar pasukan di tangga keempat untuk merebut peluang beraksi di Eropah musim depan.


Pasukan pimpinan Brendan Rodgers itu kini berada tujuh mata di belakang Manchester United, di samping memiliki perbezaan gol yang kurang baik berbanding kelab Old Trafford itu yang kini menduduki tangga keempat liga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >