Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ibrahimovic bermain bagi kelab EPL musim depan?

Mar 28, 2016 | 03:31 PM



STOCKHOLM: Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic, mengesahkan pada Ahad (27 Mac) bahawa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah menyatakan minat mereka untuk menandatanganinya daripada kelab juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).



Pemain berusia 34 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab seperti Manchester United, Chelsea dan Arsenal apabila kontraknya dengan PSG tamat pada akhir musim ini.



"Ya, memang ada minat. Saya boleh mengesahkan itu dan kami akan lihat ke mana ia membawa kita," kata Ibrahimovic kepada pemberita di Stockholm, di mana beliau sedang bersiap untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Republik Czech pada Selasa.



"Saya fikir Liga Perdana Inggeris liga berprofil paling tinggi di dunia. Kebanyakan tajuk utama ialah mengenainya.



"Tetapi ia harus menjadi seperti satu perkahwinan - kedua-dua pihak harus sama-sama mahu."



Ibrahimovic telah memenangi kejuaraan liga di empat negara Eropah berbeza.



Tiba di Paris pada Julai 2012 daripada AC Milan, beliau membantu PSG menjadi juara liga empat tahun berturut-turut awal bulan ini.



Namun, Ibrahimovic beliau berkeras berkata beliau tidak akan berada di Paris musim akan datang



"Buat masa ini saya tidak akan berada di PSG tahun depan," katanya, sebelum bersenda: "Jika mereka menggantikan Menara Eiffel dengan patung saya, saya akan kekal di PSG. Saya boleh janjikan itu!" - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >