Ibu mentua bos Formula Satu Bernie Ecclestone diculik

SAO PAULO (Brazil): Ibu mentua bos Formula Satu Bernie Ecclestone, diculik di Sao Paulo dan penculiknya menuntut wang tebusan sebanyak 120 juta reais ($49.6 juta), menurut laporan dalam sebuah majalah berita utama Brazil.

Cik Aparecida Schunck, ibu isteri Ecclestone, Cik Fabiana Flosi, diculik pada Jumaat malam, lapor Veja dan pertubuhan berita lain.

Ia tidak memberi butiran lanjut, dan polis tempatan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan laporan itu.

Encik Ecclestone, yang majalah Forbes anggarkan mempunyai kekayaan bernilai $3.1 bilion bersama keluarganya dan merupakan antara orang paling berkuasa dalam dunia sukan, berkahwin dengan Cik Flosi pada 2012, tiga tahun selepas bertemu beliau di Grand Prix Brazil.

Beliau, 85 tahun, menceraikan isterinya selama 25 tahun, Cik Slavica Radic, seorang model Croatia, untuk berkahwin dengan Cik Flosi, yang lebih muda.

Pasangan itu kini tinggal di England. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 16
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.