Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ICC @ S'pura: Bayern kalah mengejut 0-2 kepada Inter Milan

Jul 27, 2017 | 10:26 PM



JUARA Bundesliga, Bayern Munich, gagal meneruskan langkah kemenangannya dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Stadium Negara apabila menamatkan saingan kejohanan pramusim ini dengan kekalahan 0-2 kepada Inter Milan dalam satu pertemuan yang berakhir sebentar tadi (27 Julai).

Dalam perlawanan pertamanya kelmarin (25 Julai), Bayern menunjukkan kekuatannya dengan menewaskan juara England, Chelsea, 3-2.

Namun, pasukan pimpinan Carlo Ancelotti gagal menemui sasaran semasa menentang Inter. Malah, gawangnya dibolosi seawal minit kelapan melalui satu tandukan cantik pemain Inter, Eder Martins, yang menerima hantaran tepat rakannya, Antonio Candreva.

Eder menjadi wira kelab Italy itu apabila menggandakan kelebihan pasukannya pada minit ke-30 dalam perlawanan yang disaksikan lebih 23,000 peminat.

Selepas rehat, Ancelotti melakukan empat pertukaran dengan Renato Sanches menggantikan Corentin Tolisso, Thomas Muller menggantikan James Rodriguez, Marco Friedl menggantikan Rafinha dan Javi Martinez mengambil tempat Mats Hummels tetapi Inter membuktikan kekebalan benteng pertahanannya untuk mencatatkan kemenangan penyuntik semangat ini ke atas Bayern - antara kelab gergasi di Eropah.

ICC, yang julung-julung kalinya diadakan di Singapura, akan berakhir dengan pertemuan Inter dengan Chelsea di Stadium Negara pada Sabtu ini (29 Julai).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >