Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ikhsan ledakan kehebatan dengan hatrik tetapi pasukan tewas kepada Akademi Liverpool melalui sepakan penalti

Aug 15, 2015 | 12:05 AM



SEPERTI abangnya, Irfan Fandi, yang menyerlah di kejohanan ini dua tahun lalu, si adik, Ikhsan meledakkan potensinya dengan jaringan hatrik bagi pasukannya, Akademi Bola Sepak (NFA) Bawah 16 Tahun di edisi ke-26 Piala Lion City yang berlangsung di Stadium Jalan Besar sebentar tadi (14 Ogos).


Namun, kecemerlangan anak kedua legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad, itu - yang hatriknya diperolehi melalui rembatan kaki kiri, kaki kanan dan tandukan - masih gagal membantu pasukannya yang akhirnya tewas kepada pasukan Akademi Liverpool 3-5 melalui sepakan penalti selepas wisel penamat permainan.


Kemenangan itu meletakkan pasukan muda kelab Anfield itu di final pada Ahad ini di mana mereka akan bertemu dengan pasukan Akademi Tottenham Hotspur yang menewaskan pasukan NFA Bawah 15 Tahun 3-0 dalam perlawanan awal tadi.


Kededua pasukan NFA itu pula akan berentap dalam pertarungan merebut tempat ketiga pada sebelah petang.


Di kejohanan sama dua tahun lalu, Irfan meledakkan bakatnya apabila beraksi cemerlang termasuk menjaringkan gol semasa pertemuan dengan Arsenal dari England dan kelab Jerman, Eintracht FrankfurtU-15s.


Nama Irfan 'melonjak' sehingga disenaraikan antara 40 bakat muda terbaik dunia oleh akhbar 'The Guardian' di England pada tahun lalu.


Sebentar tadi, giliran adiknya, Ikhsan, membukti beliau juga pemain harapan masa depan nasional dengan sentuhan cemerlang di hadapan gawang dalam pertarungan yang menyaksikan dia turut .


Dengan skuad Akademi Liverpool impikan kemenangan mudah sebaik meluru 3-0 melalui gol-gol Curtis Jones, Paul Glatzel dan tandukan tepat Neco Williams sebelum rehat, mereka - dan tentunya penyokong yang berada di dalam stadium - tidak menjangkakan kebangkitan skuad NFA Bawah 16 Tahun pimpinan Robin Chitrakar melalui kehebatan Ikhsan yang melengkapkan hatriknya dalam tempoh 10 minit babak kedua permainan dengan dua daripada tiga gol itu dirintis kecemerlangan tunggak midfield dan kapten pasukan, Muhd Saifullah Akbar.


Dengan kedudukan terikat 3-3 di akhir masa biasa permainan, nasib tidak menyebelahi anak didik Robin yang tersingkir daripada final melalui tendangan penalti yang dimenangi Akademi Liverpool 5-3.


Sagu hati bagi skuad NFA Bawah 16 Tahun ialah melihat Ikhsan dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >