Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Infantino menang undian presiden baru Fifa bagi gantikan Blatter

Feb 27, 2016 | 07:50 AM



ZURICH: Gianni Infantino memenangi pilihanraya presiden Fifa yang berakhir awal pagi tadi (27 Februari) bagi menggantikan Sepp Blatter sebagai orang paling berpengaruh dalam bola sepak dunia dan segera melahirkan ikrar membersihkan badan dunia itu daripada skandal rasuah yang membelenggunya.


Berusia 45 tahun dan merupakan setiausaha agung Fifa yang hanya menyertai perlumbaan bagi jawatan tertinggi Fifa ini pada minit-minit terakhir, Infantino mencatatkan kemenangan selesa ke atas wakil Asia, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, di pusingan kedua undian yang dibuat oleh 207 perwakilan Fifa yang bersidang di sini.


"Kami akan menebus imej Fifa... (agar) Fifa kembali dihormati dan mendapatkan pujian daripada semua di dunia ini," ujar Infantino, yang telah berikrar menyumbang AS$1.2 bilion kepada persatuan bola sepak negara-negara anggota, kepada Kongres Fifa sebaik keputusan rasmi undian itu diumumkan.


"Fifa telah melalui tempoh yang menyedihkan, keadaan krisis tetapi segalanya itu sudah pun berakhir. Kami perlu melaksanakan pembaharuan, pentadbiran yang baik dan telus. Kami juga perlu mempunyai rasa hormat,"tambahnya.


Di pusingan kedua undian yang dijalankan itu, Infantino memperolehi 115 undi daripada 88 yang dimenangi Sheikh Salman, yang merupakan presiden Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang berasal dari Bahrain.


Hanya tiga undian, 88-85, yang memisah kededuanya di pusingan pertama yang menyaksikan saingan daripada lima calon bagi mengisi jawatan presiden Fifa yang sebelum ini disandang Blatter - yang turut terpalit dengan dakwaan rasuah - sejak 1998.


Tiga pesaing lain ialah Putera Ali bin al-Hussein dari Jordan yang mendapat 27 undian, bekas pegawai Fifa, Jerome Champagne, dengan tujuh undian manakala hartawan Afrika Selatan, Tokyo Sexwale, memutuskan mengundurkan diri sebelum majlis undian dijalankan.


Kemenangan Infantino dialu-alukan beberapa pemimpin duniia termasuk presiden Russia, Encik Vladimir Putin serta ketua badan-badan sukan lain.


Presiden Putin, yang negaranya akan menganjurkan Piala Dunia 2018, menyatakan bahawa Infantino bakal menyandang jawatan itu dengan "kuasa yang besar".


Perwakilan di sidang Fifa turut menerima usulan "pakej pembaharuan" dalam usaha memulihkan reputasinya yang tercemar ekoran dakwaan rasuah yang bertali arus sejak tahun lalu.


Ini termasuk mengehadkan kuasa yang dimiliki presiden Fifa serta membasmi segala 'pembaziran' yang berleluasa sepanjang 18 tahun Fifa di bawah kepimpinan Blatter. Jawatankuasa Eksekutif Fifa, yang menjadi sasaran pelbagai dakwaan rasuah, pula kini diubah suai dan dikenali sebagai Majlis Fifa. Ia akan berfungsi seperti lembaga pengarah korporat. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >