NEW YORK: Jaguh tenis dunia, Novak Djokovic, mengakui bahawa beliau mendapat inspirasi daripada filem epik pertempuran purba Greek bertajuk 300 serta bintang filem itu, Gerard Butler, semasa menjulang mahkota Grand Slamnya yang ke-10 pagi semalam.
Pemain nombor satu dunia itu memenangi kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat yang keduanya - kali pertama dicapai pada 2011 - semasa menewaskan Roger Federer 6-4, 5-7, 6-4, 6-4 dalam final yang turut disaksikan beberapa personaliti glamor yang berada di tepi gelanggang termasuk Butler, Sean Connery, Bradley Cooper dan ikon bola sepak England, David Beckham.