Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Irfan mungkin tampil bagi Lions buat kali pertama menentang Malaysia

Sep 29, 2016 | 02:39 PM



ANAK sulung Fandi Ahmad, Irfan Fandi, mungkin bermain bagi pasukan senior kebangsaan buat kali pertama tidak lama lagi.



Pemain Home United itu difahamkan akan dinamakan dalam skuad jurulatih sementara negara, V. Sundramoorthy, bagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia dan Hong Kong, lapor akhbar The Straits Times.



Pasukan Lions akan menentang Malaysia di Stadium Negara Jumaat depan dan Hong Kong di Stadium Mong Kok pada 11 Okt.



Irfan, yang boleh bermain sebagai bek tengah atau penyerang, enggan mengulas. Pemain berusia 19 tahun itu sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa.



Beliau bermain sekejap sebagai bek tengah dalam satu perlawanan persahabatan tertutup pada Isnin, antara Pilihan Singapura dan Kemboja di Stadium Jalan Besar.



Setinggi 1.87m, Irfan dianggap sebagai antara bakat paling berpotensi dalam bola sepak Singapura.



Pada 2014, beliau dinamakan oleh sebuah akhbar British, The Guardian, sebagai antara 40 bakat muda paling baik dalam dunia bola sepak.



Irfan antara pemain pasukan Sukan SEA yang tersingkir di peringkat kumpulan di Singapura tahun lepas. Namun, beliau menunjukkan aksi mengagumkan.



Dua perlawanan persahabatan itu sebahagian daripada persediaan Lions bagi Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFC) pada November. Sundram menetapkan sasaran separuh akhir bagi Singapura, pemenang empat kali kejuaraan tersebut.



Singapura diundi dalam Kumpulan A bersama Filipina, juara empat kali Thailand dan Indonesia.



Myanmar, Malaysia, Vietnam dan pemenang kejohanan kelayakan membentuk Kumpulan B.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >