Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Isa Halim pilih tinggalkan LionsXII untuk aksi dalam Liga-S bersama Tampines

Jun 28, 2015 | 11:26 AM



TAHUN lalu beliau terpaksa menelan kepahitan kehilangan tempatnya dalam skuad nasional.


Kini, kapten LionsXII, Isa Halim, mengambil keputusan meninggal pasukan yang beraksi dalam Liga Super Malaysia (MSL) untuk menyertai kelab Liga-S, Tampines Rovers.


"Saya memerlukan lebih banyak bermain, lebih-lebih lagi pada usia saya sekarang," ujar tunggak midfield lasak berusia 29 tahun kepada akhbar The Sunday Times malam tadi.


"Prestasi saya sejak kebelakangan ini juga tidak begitu baik dan saya berharap dengan pemindahan ini, saya dapat mengembalikan sentuhan terbaik saya," tambahnya.


Isa turut menjadi 'penonton' semasa rakan-rakannya bersaing dalam Piala AFF Suzuki tahun lalu. Difahamkan, beliau dihambat pelbagai kecederaan termasuk dibelenggu kecederaan buku lali musim lalu yang turut menyaksikan beliau berehat panjang selepas menjalani pembedahan sekitar Mac tahun lalu.


Sekalipun kembali ke padang sekitar tiga bulan kemudian, 'kekaratan' dek lama tidak beraksi serta kekurangan dari segi tahap kecergasan semasa perlawanan atau 'match fitness' bermakna Isa - yang dikenali dengan permainan lasak di tengah padang - gagal mengembalikan tahap terbaiknya. Mac lalu.


Pemindahan ke Tampines itu dipersetujuinya pada Jumaat malam lalu - sebelum tempoh pemindahan pemain Liga-S ditutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >