LONDON: Ia bermula dengan laporan bahawa bekas kapten England yang kini menyarungi jersi Everton, Wayne Rooney, diberkas polis kerana memandu dalam keadaan masuk.
Namun, laporan awal itu bertukar menjadi buah mulut sensasi hujung minggu yang berkisar pada bintang bola sepak berusia 31 tahun itu; isterinya, Coleen, yang sedang mengandung; dan 'orang ketiga' - wanita menawan berambut perang, Laura Simpson, yang merupakan penumpang kereta yang dipandu Rooney semasa ditahan polis.