SERBUAN yang dilakukan pegawai Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) ke atas ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan tiga kelab bola sepak setempat kelmarin bak satu lagi tamparan kepada sukan bola sepak tempatan, kata beberapa pihak berkepentingan yang dihubungi Berita Harian (BH) semalam.
Namun, beberapa jurulatih, pegawai pentadbiran dan pemain berkata pihak berkuasa perlu diberi ruang menyiasat dan terus melaksanakan tanggungjawab masing-masing.