SUKAN SEA Ke-28 yang bakal dianjurkan Singapura tahun depan akan menjadi temasya yang terbaik dalam sejarah sukan itu.
Dan masalah seperti mutu padang di Stadium Negara yang baru - isu 'panas' yang menjejaskan penganjuran kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki yang bermula 23 November ini - tentunya tidak akan berulang apabila temasya sukan dwitahunan itu berlangsung di tanah air dari 5 hingga 16 Jun 2015.