MANCHESTER: Pengurus baru Manchester United, Louis van Gaal, diberi 'lampu hijau' untuk memecahkan rekod bayaran pemindahan pemain dalam usahanya membawa pemain-pemain yang tepat ke Old Trafford.
Tahun lalu, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, mencipta rekod dunia semasa mendapatkan Gareth Bale daripada Tottenham Hotspur dengan bayaran £86 juta ($182 juta) - mengatasi jumlah tertinggi sebelum itu apabila mereka membayar £80 juta kepada United untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo.