Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Izwan akan ke Jepun bagi jalani percubaan

Nov 30, 2015 | 09:08 AM



PENJAGA gol Izwan Mahbud maju setapak lebih dekat untuk menjadi pemain bola sepak Singapura pertama bermain dalam liga utama Jepun.


Kapten LionsXII itu akan berangkat ke negara matahari terbit itu pada Selasa (1 Dis) untuk menjalani ujian bersama kelab peringkat kedua Matsumoto Yamaga.


Kelab berpangkalan di wilayah Nagano itu dinaikkan ke Liga-J yang sebanyak 18 pasukan musim lalu tetapai turun semula selepas menduduki tangga ke-16 tahun ini.


Namun, ia masih berminat pada Izwan, yang bermain dengan cemerlang - menyelamatkan 18 percubaan - semasa Singapura seri mengejut 0-0 dengan Jepun dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Jun lalu di Saitama.


Menurut akhbar The Straits Times pada Isnin (30 Nov), Pemain berusia 25 tahun itu memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Ahad mengenai keputusannya menerima tawaran lama Yamaga bagi menjalani percubaan.


Ini timbul selepas LionsXII disingkir daripada Piala Malaysia dalam suku akhir oleh Pahang Sabtu lalu, yang juga menandakan berakhirnya penyertaan empat tahun mereka dalam bola sepak domestik Malaysia.


"Jika kami layak ke separuh akhir, saya tidak akan pergi ke Jepun," kata Izwan, lapor akhbar tersebut.


"Prestasi terbaik saya ialah semasa di Jepun, jadi mungkin ia sebuah negara bertuah bagi saya meneruskan kerjaya saya."


Dipercayai bahawa Yamaga turut berminat pada pemain tengah LionsXII, Safuwan Baharudin, tetapi beliau belum membuat keputusan untuk pergi bagi menjalani percubaan.


Jika Yamaga akhirnya tidak menawarkan Izwan kontrak, beliau terbuka bermain di Malaysia atau Thailand, walaupun beliau menafikan laporan telah mendapat tawaran daripada kelab Liga Perdana Thai, Chonburi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >