James Milner kapten England menentang Holland

WATFORD: Pemain midfield Liverpool James Milner akan menjadi kapten England buat pertama kalinya dalam perlawanan persahabatan menentang Holland esok pagi.

Persatuan Bola Sepak England semalam berkata, pemain berusia 30 tahun itu akan mengambil-alih tugas itu daripada pemain pertahanan Gary Cahill.

Cahill menjadi kapten semasa England mengalahkan Jerman 3-2 Sabtu lalu, selepas kapten tetap Wayne Rooney cedera.

Dengan Cahill bakal disenaraikan sebagai pemain pengganti menentang Holland, Milner mewarisi tugas mencabar mengetuai pasukan Tiga Singa itu.

Perlawanan menentang Holland merupakan yang terakhir sebelum pengurus England Roy Hodgson menamakan skuadnya bagi Kejohanan Euro 2016 pada 12 Mei ini.

"Untuk mendapat peluang memimpin negara anda merupakan satu penghormatan yang besar dan sesuatu yang anda tidak akan lupakan," ujar Milner. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.