SANTIAGO (Chile): Pemain pertahanan Chile, Gonzalo Jara, dihumban daripada baki pertandingan Copa Amerika yang dihoskan negaranya selepas dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan oleh badan disiplin bola sepak Amerika Selatan, Conmebol, semalam.
Hukuman yang dikenakan itu di atas tindak-tanduk "provokasi" Jara ke atas penyerang Uruguay, Edinson Cavani, semasa pertarungan antara dua pasukan itu di suku akhir kejohanan ini.