PARIS: Marcus Rashford sekali lagi menjadi wira Manchester United di Paris apabila menjaringkan gol kemenangan bagi meraikan kepulangan pasukan Red Devils itu ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.
Jaringan penalti Rashford pada masa tambahan di Stadium Parc des Princes 18 bulan lalu memastikan kemenangan dramatik United ketika itu, dan kali ini penyerang England itu sekali lagi menemui sasaran bagi memastikan Ole Gunnar Solskjaer menikmati tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H - yang merupakan kumpulan paling mencabar dalam pertandingan musim ini.