Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

JDT bakal jadi pemilik bersama Frenz United

Kelab bola sepak profesional milik ahli perniagaan S'pura catat sejarah tersendiri
Jan 10, 2016 | 08:44 PM



USAHA beberapa ahli perniagaan Singapura menubuhkan, Frenz United (FUFC), kelab bola sepak profesional pertama di seberang Tambak, bukan sahaja mencatat pelbagai kecemerlangan malah turut menempa sejarah tersendiri apabila pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengumumkan pihaknya kini dalam proses mengambil alih separuh daripada pemilikan FUFC.


Ketika dihubungi Berita Harian menerusi panggilan jauh sebentar tadi, salah seorang pemiliknya, Encik Rashid Maidin, mengesahkan hal tersebut.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kecuali menyatakan satu sidang akhbar bakal diadakan tidak lama lagi.


JDT merupakan juara Liga Super Malaysia.


Skuad Harimau Selatan itu telah mencipta sejarah bola sepak Malaysia pada Oktober tahun lalu apabila ia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia 2015.


Ia sebelum itu turut memenangi Piala Sultan Ahmad Shah dalam kejohanan tahun lalu.


Langkah memiliki separuh pemilikan FUFC merupakan langkah pertama Tunku Mahkota Johor itu selepas beliau diumumkan sebagai pemilik JDT.


Menerusi laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST), petang tadi, Tunku Ismail menyatakan:


"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua penyokong bahawa JDT kini dalam proses rundingan bersama Frenz United, dengan kemungkinan JDT mempunyai pegangan pemilikan sebanyak 50 peratus dalam kelab berkenaan.


"Dengan itu, Frenz United akan menjadi sebahagian platform untuk pembangunan dan menyalurkan bakat muda kepada JDT.


"Namun begitu, kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh demi kemajuan kelab, sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, serta sentiasa merendah diri."


Frenz United yang ditubuhkan pada 2012 adalah kelab profesional pertama di negara ini yang memiliki akademi bola sepak profesional di Janda Baik, Pahang.


Sementara itu, JDT mendapat sokongan padu Sultan Johor apabila baginda berkenan menyumbang RM50 juta ($16.31 juta) kepada kelab tersebut.


JST mendedahkan bahawa Sultan Johor berkenan memberi kurniaan itu kerana baginda berasa gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.


"Selain keprihatinan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, dalam pembangunan negeri Johor, amal kebajikan, zakat dan waqaf, serta yayasan-yayasan yang dinaungi, baginda berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim," menurut laman berkenaan.


Tunku Ismail selaku pemilik kelab bola sepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor atas kurniaan kepada JDT, menurut laman itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >