EMPAT tahun lalu, jurulatih Argentina, Diego Maradona, disangka bergurau apabila beliau menyebut Javier Mascherano sebagai pemain pilihan pertama dalam kesebelasan utamanya.
Dalam perlawanan separuh akhir dengan Belanda di Arena Corinthians awal minggu ini, Mascherano membuktikan mengapa beliau dinilai begitu tinggi oleh legenda bola sepak itu.