Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jepun catatkan kejutan terbesar Piala Dunia Ragbi apabila tewaskan Afrika Selatan

Sep 20, 2015 | 05:12 PM



UNITED KINGDOM: Jepun mencatatkan kejutan terbesar sejak Piala Dunia Ragbi dianjurkan pada 1987 apabila mencatatkan kemenangan sensasi ke atas bekas juara dua kali, Afrika Selatan, 34-32 dalam perlawanan pembukaannya di Brighton semalam (19 September).


Percubaan 'try' pemain Jepun, Karne Hesketh, pada detik-detik terakhir pertarungan memberikan wakil Asia itu hanya kemenangan kedua dalam sejarahnya beraksi di pentas terbesar dunia sukan itu. Kejayaan terakhir mereka ialah ke atas Zimbabwe pada 1991.


Ketinggalan tiga mata di babak penghujung permainan, Jepun diberikan penalti tetapi kaptennya, Michael Leitch, memilih untuk melarikan bola dalam usaha mencatatkan 'try' daripada membuat sepakan penalti yang dapat menyamakan kedudukan.


Benteng pertahanan Afrika Selatan cuba mematahkan serangan Jepun tetapi Hesketh berjaya meloloskan diri dan mencatatkan 'try' di penjuru kanan garisan gawang lawan bagi kemenangan terbesar pasukan bergelar 'Brave Blossom' itu.


Dibimbing bekas jurulatih Australia, Eddie Jones, Jepun mempamerkan menggabungkan sentuhan-sentuhan menarik dengan semangat juang tinggi untuk membuka kempen Kumpulan B di Piala Dunia Ragbi dengan penuh bergaya.


Kejayaan itu turut dialu-alukan di negara sendiri dengan laungan 'bersejarah' menjadi pilihan media-media setempat.


Akhbar harian, 'Nikkan Sports', turut melaporkan bahawa pencipta filem fantasi 'Harry Potter', J.K. Rowling, melalui akaun Twitternya, berkata bahawa beliau sendiri mungkin tidak mampu menghasilkan 'putaran cerita' penuh magis seperti yang dicatatkan Jepun itu.


"Pasukan kerdil enggan berpuas hati dengan keputusan seri, bermain untuk menang dan mendapatkannya pada minit terakhir... mungkin di Quidditch tetapi dalam kehidupan sebenar?," kata penulis itu sambil merujuk kepada permainan fantasi siri popularnya itu.


Ia turut mendorong jurulatih Afrika Selatan, Heyneke Meyer, memohon maaf kepada warga senegaranya yang memang fanatik dalam sukan ini.


"Ia adalah detik paling buruk dalam kerjaya saya sebagai jurulatih sejauh ini," akur Meyer.


Sebuah lagi pasukan gergasi ragbi dunia, Perancis, memastikan tiada kejutan mengalaminya apabila membuka kempennya dengan kemenangan penuh meyakinkan 32-10 ke atas Italy dalam Kumpulan D.


Satu lagi pertarungan kumpulan itu menyaksikan Ireland membelasah Canada 50-7. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >