Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jepun layak ke Piala Dunia selepas benam Myanmar 5-0

Nov 17, 2023 | 03:40 PM



OSAKA: Jepun terus mara ke Piala Dunia selepas kemenangan 5-0 ke atas Myanmar pada Khamis.


Kemenangan itu diraikan hasil jaringan hatrik oleh pemain, Ayase Ueda.

Pasukan Jepun kehilangan pemain sayap, Kaoru Mitoma yang cedera, tetapi penyerang Ueda daripada kelab liga Belanda Feyenoord, mengatasi kesulitan itu dengan prestasi agresif di Osaka.

Pemain Daichi Kamada dan Ritsu Doan turut menjaringkan gol dan membuat pasukan Jepun mendahului Kumpulan B, yang turut dibarisi Korea Utara dan Syria.

Pasukan Samurai Blue itu pernah menewaskan Myanmar 10-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022, lapor The Straits Times (ST).


“Saya rasa saya dapat tunjukkan kekuatan saya pada malam ini,” kata Ueda, yang turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong negaranya.

“Saya akan terus mengangkat kepala dan melawan. Jadi tolong berikan saya sokongan anda,” tambahnya.

Pasukan Myanmar bertahan selama 10 minit pertama tetapi tewas dengan prestasi hebat Takumi Minamino.

Bekas penyerang Liverpool itu, yang kini menyarung jersi kelab Monaco, membantu Ueda menjaringkan gol dengan satu hantaran tinggi.

Pemain tengah Lazio, Kamada menjaringkan gol kedua pada minit ke-28 setelah perlawanan bermula.

Ueda kemudian memberi Jepun gol ketiga sejurus sebelum separuh masa pertama, dengan menjaringkan gol daripada hantaran Doan.

Pemain penyerang itu melakukan hatrik lima minit selepas separuh kedua dimulakan, dan menemui sasaran gol melalui hantaran daripada Minamino.

Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu, melakukan pertukaran tergesa-gesa sebaik keputusan menyebelahi pasukannya, malah menggantikan penjaga gol, Keisuke Osako, dengan baki sembilan minit permainan.

Begitu pun, ia memberi masa yang cukup untuk Doan menjaringkan gol kelima, dengan mengawal bola dan menggelecek melepasi penjaga gol, Kyaw Zin Phyo.

Jepun telah memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka, menjaringkan 29 gol dengan hanya lima gol dibolosi pasukan lawan.

“Pemain saya bersedia dengan baik untuk perlawanan pertama, yang sukar dalam mana-mana perlawanan.

“Tetapi mereka menunjukkan mereka sanggup menyahut cabaran.

“Saya berasa kami boleh menjaringkan lebih banyak gol dan perlu mencipta lebih banyak peluang. Walau dalam keadaan sukar, kami mahu bersaing dengan sengit dan menang,” ujar Moriyasu.

Dalam perlawanan Kumpulan I sebelum ini, Australia membelasah Bangladesh 7-0.

“Tujuh gol, mungkin lebih banyak (gol boleh dijaringkan), tetapi kami dapat tiga mata dan teruskan perlawanan,” kata wira hatrik, Maclaren.

“Saya tidak pasti (penjaga gol) Maty (Ryan) perlu selamatkan bola (daripada masuk ke gawang), walau bagaimanapun saya bangga dengan pasukan ini.

“Kami tahu perlawanan seterusnya akan menjadi lebih sukar,” tambahnya.

Australia kini berusaha gigih untuk layak ke Piala Dunia buat kali ketujuh, dan kali keenam berturut-turut.

Di Kuala Lumpur, pasukan Malaysia bermula dengan baik dan bangkit dalam perlawanan untuk menewaskan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Bukit Jalil.

Dion Cools membuka gol pertama bagi Harimau Malaya seawal minit ketujuh.

Namun, pasukan Kyrgyzstan membalas dengan tiga jaringan gol daripada Kayrat Zhyrgalbek Uulu, Ernist Batyrkanov dan Kai Merk.

Kyrgyzstan kemudian tewas selepas jaringan sendiri oleh pemainnya, Khristiyan Brauzman dan rembatan oleh Cools dan Faisal Halim. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >