PARIS: Juara dunia, Jerman, meledakkan kekuatannya dengan membolosi gawang Norway enam kali, manakala England bangkit daripada ketinggalan gol awal untuk menewaskan Slovakia dalam kelayakan Piala Dunia 2018, kelmarin.
Timo Werner menyumbatkan dua gol dalam kemenangan cemerlang 6-0 Jerman ke atas Norway, yang menyaksikan pasukan pimpinan Joachim Loew itu meneruskan rekod sempurna lapan kemenangan daripada lapan perlawanan Kumpulan C.