Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Jesus pilih 'Gunners' mahu jadi` penjaring utama

Jul 12, 2022 | 05:30 AM



GABRIEL Jesus telah menjadi salah seorang pemain yang paling 'diburu' pada musim panas ini.



Pemain dari Brazil itu, yang membantu Manchester City meraih empat kejuaraan dalam tempoh lima setengah tahun, menarik minat beberapa kelab di dalam dan luar England sebelum membuat keputusan berpindah ke Arsenal yang membayar £45 juta ($76.05 juta) bagi khidmatnya.



The Gunners melihat pemain berusia 25 tahun itu sebagai pilihan utama serangan mereka, selepas Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang meninggalkan Arsenal.



Bolehkan Jesus membantu kelab dari London utara itu kembali ke Liga Juara-Juara selepas enam tahun tidak beraksi?



Jesus tidak pernah dianggap sebagai penjaring gol yang prolifik semasa di Stadium Etihad, walaupun 95 gol dalam 236 penampilan bukanlah pulangan yang buruk.



Ditambah dengan trofi yang dimenangi bersama Pep Guardiola; empat gelaran juara liga, tiga Piala Liga dan sebuah Piala FA, dan anda boleh memahami keterujaan di kalangan peminat Arsenal.



Dengan skuad muda Arsenal pimpinan Mikel Arteta mempamerkan banyak potensi musim lalu, salah satu kelemahan utama mereka adalah di depan gol di mana mereka menjaringkan kurang gol daripada empat pasukan yang menamatkan saingan di atas mereka.



Arteta bergantung kepada pemain mudanya untuk jaringan gol, dengan Bukayo Saka yang berusia 20 tahun, penjaring terbanyak mereka dengan 12 gol, dan rakan pasukan antarabangsa England, Emile Smith Rowe, 21 tahun, menjaringkan 11 gol.



Melihat lebih terperinci statistik Jesus berkata, jika diberikan masa permainan tetap, beliau boleh menjaringkan gol yang amat diperlukan Gunners.



Jesus telah menjaringkan gol dalam 42 peratus beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama, nisbah ke-13 tertinggi dalam sejarah pertandingan di kalangan pemain dengan lebih daripada 50 turun padang mulakan perlawanan.



Golnya pada purata setiap 159 minit juga berada pada kedudukan yang baik, menjadi pemain ke-14 terbaik dalam kalangan pemain dengan 50 atau lebih gol Liga Perdana selepas penalti dikeluarkan daripada jumlah yang dikira.



Namun, Jesus membawa lebih daripada sekadar gol kepada Manchester City, dengan kerja keras dan keupayaannya bermain dalam pelbagai peranan di barisan depan menjadikannya pemain penting untuk Pep Guardiola, pengurus Manchester City.



Beliau sering dipanggil untuk perlawanan genting juara Liga Perdana itu dan merupakan pemain penting (talisman) bagi mereka.



Jesus hanya kalah 19 daripada 121 perlawanan liga bersama City, dengan mencatatkan kadar kemenangan 76 peratus.



Jesus menjaringkan lapan gol liga untuk City pada musim 2021-22, yang paling banyak oleh mana-mana pemain di kelab itu bersama Kevin de Bruyne, dan menyumbat 29 gol sewaktu bermain bersama kelab itu, serta mencipta 151 peluang gol.



Jesus menghabiskan banyak masanya di City bermain di tempat kedua di belakang Sergio Aguero. Dengan ketibaan Erling Haaland dan Julian Alvarez pada musim panas ini, beliau sedar bahawa beliau akan mempunyai masa permainan yang terhad pada musim akan datang jika kekal di kelab itu.



Jadi adakah pemain antarabangsa Brazil itu akan akhirnya mendapat peluang untuk menjadi pemain utama Liga Perdana?



Dengan Lacazette menyertai Lyon musim panas ini dan Aubameyang berpindah ke Barcelona pada Februari lalu, barisan depan Arsenal kekurangan pengalaman dengan Eddie Nketiah, 23 tahun, satu-satunya pilihan mereka sebagai penyerang utama. - Agensi berita.




"Dengan ketibaan Erling Haaland dan Julian Alvarez pada musim panas ini, Jesus sedar bahawa beliau akan mempunyai masa permainan yang terhad pada musim akan datang jika kekal di kelab itu.''




REKOD JESUS DI MAN CITY



Juara Liga Perdana: 4



Piala FA: 1



Piala Liga: 3



Penampilan: 236 Gol: 95




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >