Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

John Barnes: Liverpool akan menang 2-1

Liverpool perlu rampas bola di tengah padang untuk menewaskan Arsenal di Anfield malam ini.
Feb 08, 2014 | 11:55 AM



Liverpool akan menewaskan Arsenal di Anfield malam ini kerana memiliki barisan penyerangnya yang yang lebih baik daripada Arsenal, kata bekas pemain sayap dan legenda Liverpool John Barnes.


"Kami ada tiga empat penyerang yang handal dan kesemuanya menunjukkan prestasi terbaik masa ini. Sebaliknya, Arsenal kurang mutu di bahagian ini... tiada penyerang out-and-out. (Oliver) Giroud pemain baik tetapi beliau bukan penyerang yang boleh mengetuai barisan serangan," kata Barnes lagi, bercakap kepada Berita Harian d Courts Megastore di Tampines pagi Sabtu


Barnes berada di Singapura selama beberapa jam atas undangan Courts untuk memberi sokongan kepada usahanya mendekati masyarakat melalu bola sepak. Beliau berangkat ke Kuala Lumpur petang ini untuk membuat liputan dan ulasan perlawanan antara Liverpool dengan Arsenal di studio Astro..


Menurut Barnes. Daniel Sturridge, Luis Suarez, David Coutinho dan Raheem Sterling begitu penting untuk pasukan kerana keupayaan mereka mencipta gol, tetapi menjangka hanya tiga daripada mereka akan diturunkan malam ini.


Pasukan yang berjaya 'menggunakan' bola dengan baik di tengah padang berpeluang baik untuk memenangi perlawanan ini, kata Barnes yang pernah digeruni sebagai pemain tengah dan sayap yang berbakat dan berkesan untuk kededua England dan Liverpool dalam awal tahun 1990-an.


"Arsenal bermain dengan cara mengawal bola di tengah padang... sukar merampas bola daripadanya. Liverpool perlu berbalah untuk merampas bola dan mengumpannya ke penyerang yang boleh menyebabkan masalah untuk pertahanan Gunners, " kata Barnes lagi.


Tambahnya, perlawanan antara dua kelab yang sedang menunjukkan prestasi di luar jangkaan peminatnya ini menjanjikan aksi menarik walau untuk penonton yang bukan peminat sebarang kelab. Kededua kelab, katanya, berasa bahawa mereka boleh bersaing untuk kejuaraan liga, terutama selepas Manchester City tewas kepada Chelsea minggu lalu.


"Arsenal yang kini mendahului Liga pasti yakin akan peluang mereka untuk menang, tapi saya berpendapat lain," kata Barnes yang percaya Arsenal akan jatuh ke tempat ketiga di akhir musim. Liverpool pula akan kembali bersaing dalam Liga Juara-juara Eropah musim depan dengan memenangi tempat keempat.


Dan ramalannya untuk perlawanan malam ini?


"Mereka bermain di Anfield bukan? Kami akan menang 2-1, jangan bimbang," kata Barnes, lalu tersenyum.


* John Barnes berada di Courts Megastore Tampines dari 1 hingga 2 petang hari ini untuk sesi ramah mesra dengan beberapa peminat yang memenangi peraduan "Bertemu Legenda' di media setempat.


 


 


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >