Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

John Legend bakal serikan F1 Singapura

May 19, 2014 | 01:18 PM



PEMENANG sembilan anugerah Grammy John Legend mengetuai senarai tiga artis mapan yang bakal menyerikan konsert di litar Grand Prix Singapore Airlines Formula Satu (F1) September ini.


Dalam kenyataannya tadi, Singapore GP mengumumkan nama artis R&B itu serta artis United Kingdom Pet Shop Boys dan bintang reggae Ziggy Marley sebagai tiga artis terkini yang telah mengesahkan penyertaan mereka dalam konsert di litar F1 Marina Bay nanti.


Legend dijadual membuat persembahan di pentas Village pada 21 September sementara Marley bakal membuat persembahan dua hari (20-21 September) termasuk persembahan pentas luar Esplanade pada 21 September.


Pet Shop Boys akan membuat persembahan pada 20 September, selepas sesi kelayakan.


Pemilik tiket Zon 1 untuk tiga hari dibenar menonton kesemua persembahan.


Butiran lanjut boleh diperoleh di www.singaporegp.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >