LONDON: Seorang gadis bertemu bekas pemain sayap England, Adam Johnson, bagi memberinya "kucupan terima kasih dan banyak lagi" selepas dia menandatangani jersi bola sepak untuk gadis itu, sebuah mahkamah di England diberitahu awal minggu ini.
Kisah yang diceritakan gadis tersebut dan rakaman video wawancara bersama polis itu ditayangkan dalam perbicaraan Johnson di sebuah mahkamah di Bradford.